Segalanya Dengan Nama Jesus
Posted on Thursday, May 15 @ 01:03:09 EDT by admin
Assalamualaikum sdr.
Dalam keghairan kita mengharungi dunia hidup yang penuh dengan keindahan ciptaan Allah SWT kita perlu sentiasa berwaspada dengan persekitaraan kita yang penuh dengan ranjau dan onak. Dalam banyak hal orang Islam sentiasa Take for granted terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita sehingga dah terantuk baru terngadah.
Oleh itu Paksu akan cuba mengupas beberapa isu yang sentiasa dekat dengan kita sebagai Muslim yang beramal (practicing Muslim) agar Paksu sendiri dan anak buah Paksu dapat sama-sama menghayati Islam sepenuhnya.
Kali ini Paksu tertarik untuk mengulas satu penomena yang serius yang menghentam Islam tetapi kita samada sedari atau tidak tak ambil pusing. Macam juga isu COCACOLA yang banyak dibincang di situs ini sebenarnya kita dilanyak dari kiri-kanan atas bawah luar dalam namun kita masih leka. Nama ancaman ini yang Paksu sebut sebagai Dengan Nama Jesus. Dengan Nama Jesuslah maka bumi kita dijajah, malah seluruh dunia. Orang Kristian akan membuat segala sesuatu untuk mematikan Islam. Kini mereka seolah-olah mempunyai justifikasi melalui peperangan melawan keganasan yang = Islam.
Sedarlah segala-galanya adalah Dengan Nama Jesus. Sebuah tabloid melaporkan melalui tulisan oleh John Chuckman bahawa Presiden AS mempunyai penasihat agamanya bernama Franklin Graham anak Billy Graham yang memainkan peranan yang sama kepada Nixon. Franklin Graham adalah di antara mubaligh Kristian gaya motivator yang menjadi kegilaan (craze) masyarakat AS. Orang seperti ini selalu berceramah di TV (yang sedihnya perkara seperti ini pun sudah menjadi perkara biasa di TV Indon….dan awas apa yang menghalang daripada ianya berlaku di negara Islam Malaysia…kan Injil terjemahan yang menggunakan Allah sebagai Tuhan Kristian pun sudah dihalalkan oleh negara Islam Malaysia) dan seminar besar-besaran (Macam forum Perdana). Billy Graham Organization adalah sebuah organisasi yang besar dan kaya yang berjaya “menyelamatkan” orang Kristian dan konvert. Apa yang menjadi isunya ialah Graham melalui organisasinya, Samaritan`s Purse mengajak pengikutnya kepada satu fahaman Kristian yang sempit yang orang Kristian arus perdana sendiri merasa jijik. Dinominasi(mazhab) Kristian yang dibawanya adalah The Southern Baptists yang terkenal dengan kepercayaan ekstrim yang pada awalnya menyingkir kaum Negro daripada gereja kemudian menetang usaha kemanusiaan yang dibawa oleh Dr King. Kini Franklin (yang gemar bermain dan mengumpul senjata otomatik) yang menjadi kawan rapat Rumah Putih dengan organisasi-organisasi licik mereka sedang memasuki Iraq dalam usaha untuk mempengaruhi orang Iraq melalui bantuan dan dakwah/dakyah mereka. Sebelum perang Iraq Franklin Graham telah memberi ceramah(surmons) hari good Friday di Pentagon (Kementerian Pertahanan AS). Di antara kata-katanya; “Kita bukan menyerang Islam tetapi Islam telah menyerang kita. Tuhan Islam bukanlah Tuhan yang sama. Dia bukan anak Tuhan kepercayaan Kristian dan Judeo-Kristian. Ia adalah Tuhan yang berbeza, dan saya yakin ia adalah ugama yang cukup jahat dan keji”
The Southern Baptists akan juga turut memberi bantuan kepada Iraq. Dan bayangkan apa yang mereka akan buat kerana bekas presiden Southern Baptists Mission Board, Jerry Vines pernah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW adalah “seorang perogol kanak-kanak yang dirasuk syaitan”…astagfirullah ! ! (Teringat apa kata Farish Noor, seorang Melayu Islam terhadap Rasullallah… lebih teruk lagi daripada itu yang ditulis dalam surat kabar milik kerajaan tak lama dahulu dan dia masih bebas malah menjadi perantara forum di TV kerajaan). Jadi jangan hairan apabila Bush kata `kita akan perang salib(crusade)` apabila menara WTCnya runtuh. Ini selaras dengan pandangan sempit Kristian yang dianutinya iaitu Islam mesti diperangi dengan apa cara sekali pun.
Penulis John Chuckman merumuskan bahawa adalah jelas dan nyata tindakan Pentagon memerangi pengganas adalah pembunuhan professional diatas nama Jesus untuk negara.
Jadi Paksu berseru kepada semua termasuk pemegang kuasa memerintah dan diri Paksu sendiri supaya mengatur langkah dengan berhati-hati jangan tersangkut reba lalu rebah dan terpijak jerangkap samar lalu musnah.
WallAllahu`alam
PAKSU
Alorsetar 150503